Fantastic Beast And Where To Find Them

Sebagai peminat Harry Potter, filem ini ditunggu-tunggu bagi mengubati kerinduan saya terhadap HP yang sudah sekian lama tamat.

Permulaan cerita sudah begitu misteri dengan kehadiran makhluk yang membinasakan bandar dan membingungkan Muggles/Non-Maj (manusia biasa tanpa magis)

Terus terang saya katakan, saya canggung dengan barisan pelakon filem ini. Mungkin kurang pendedahan dengan hasil lakonan mereka. Namun lakonan penuh karakter Newt Scamander dan sahabatnya Jacob Kawolski, sangat menghidupkan suasana. Begitu juga watak kasihan Credence dan watak menjengkelkan Graves.

Jika dilihat, filem prelude selalunya agak panjang dari segi 'penjelasan situasi' supaya penonton lebih memahami dunia magis sebelum kewujudan James dan Lily Potter, sebelum Albus Dumbledore menjadi Pengetua Hogwarts. Terasa seperti menonton The Hobbit : An Unexpected Journey.
Babak-babak lucu berjaya menggelikan hati, tidak kurang juga babak seram yang sangat gelap. Lebih gelap daripada Lord Voldemort dan Dementor.

Terdapat 2 kejutan dalam filem ini dan pasti ada sambungannya.

Elemen-elemen yang akan buat anda terkenang Harry Potter ialah skaf Hufflepuff, bacaan jampi 'spell', nama Albus Dumbledore dan Hogwarts disebut, begitu juga nama Lestrange yang punya kaitan dengan Bellatrix Lestrange.

Tidak lupa, peralihan ruang 'Apparition' yang digunakan Albus Dumbledore kepada Harry ketika di 'subway'. Di dalam filem ini rata-rata ahli sihir menggunakan peralihan ruang 'Apparition'.
Muzik tema masih menggunakan muzik tema Harry Potter di permulaan cerita, begitu juga dengan lambang Warner Bros yang muncul di sebalik awan-awan gelap.

Newt Scamander mengingatkan saya pada watak Hagrid yang sayangkan haiwan-haiwan mistikal, cuma gaya rambutnya seperti Tom Riddle.

Watak yang tidak disangka menjadi penambah teruja siri Fantastic Beast pada masa akan datang.

Comments

Popular Posts